PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya adalah untuk meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau idealogi.
Kami bebas. Dan sementara kita adalah pembantu dalam perkhidmatan kemanusiaan kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada undang-undang negara, kita mengekalkan autonomi supaya kita boleh setiap masa bertindak selaras dengan prinsip pergerakan itu.
Ia berupa Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.
Hanya ada satu persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah Negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh Negara.
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
Strategi
Visi dan misi ini akan direalisasikan melalui program dan aktiviti yang disediakan sepanjang tahun.

