Cetusan idea ini telah bermula sejak penubuhan atau terbentuknya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974.

Tarikh 1 September 1983 telah diterima pakai tarikh penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasrat ini telah dipanjangkan ke Ibu Pejabat Kebangsaan untuk tujuan yang murni. Maka dengan itu lahirlah Cawang

an yang baru iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 September 1983. Seorang pemimpin yang disegani iaitu YAA Tan Sri Dato’Abdul Hamid bin Hj. Omar yang ketika itu menjawat jawatan tertinggi iaitu Chief Justice of Malaya telah dilantik sebagai Pengerusi PBSMMKL  dan Tuan Hj. Noordin bin Abd. Razak, Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilantik sebagai Naib Pengerusi 1 di dalam Jawatankuasa Cawangan PBSMM KL. Perlantikan dua orang tokoh ini telah banyak membantu menghidupkan semangat kemanusiaan di dalam jiwa warga kota ketika itu.

En. Misnan Bin Kasan yang merupakan salah seorang pegawai di Ibu Pejabat Kebangsaan pada ketika itu telah diberikan tanggungjawab oleh Pengerusi Kebangsaan di Ibu Pejabat Kebangsaan PBSMM sebagai Setiausaha Pembangunan dalam membantu melancarkan pentadbiran Cawangan yang baru dibentuk.

 

Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.